Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua murid tahun empat cedera disengat tebuan


Tarikh kemaskini: 15/07/2019




ALOR SETAR, 15 Julai (Bernama) -- Dua murid lelaki tahun empat sebuah sekolah rendah dekat Padang Terap, cedera di bahagian tangan selepas disengat tebuan pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib berkata, kejadian berlaku 8.45 pagi ketika murid berkenaan sedang mengikuti aktiviti pendidikan jasmani di padang sekolah.

“Kami menerima panggilan kecemasan dari pihak sekolah pada 9.10 pagi sebelum bergegas ke lokasi dan kami dapati dua murid tahun empat disengat tebuan dan diberi rawatan awal oleh guru sekolah dan keadaan mereka beransur pulih.

“Anggota kami cuba membuang sarang tebuan yang berada atas pokok dekat padang sekolah, namun gagal kerana kedudukannya terlalu tinggi sebelum meminta bantuan pihak bomba,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Shukri turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak sendiri jika berhadapan dengan masalah tebuan kerana sengatan haiwan itu mampu menyebabkan kematian.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel