Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Suspek kes tipu pakej umrah disambung reman


Tarikh kemaskini: 15/07/2019





KUALA TERENGGANU, 15 Julai (Bernama) -- Tempoh reman terhadap suspek kes penipuan pakej umrah murah hingga menyebabkan kerugian lebih RM4 juta disambung tiga hari bermula hari ini.

Tempoh reman lelaki berusia 31 tahun itu dilanjutkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff,  bagi membolehkan siasatan berhubung dakwaan penipuan yang dilakukannya sejak 2016 diteruskan.

Suspek sebelum ini dikatakan berperanan penting dalam syarikat Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) dan berjaya ditahan di sebuah rumah di Damansara, Kuala Lumpur, pada Khamis lepas (11 Julai), setelah menyembunyikan diri selama dua tahun.

YBNT dilaporkan menawarkan pakej umrah dengan harga serendah RM3,000 seorang dan ramai di kalangan guru menjadi mangsa penipuan itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel