Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rumah, bangunan kerajaan rosak akibat ribut di Temerloh


Tarikh kemaskini: 15/07/2019




KUANTAN, 15 Julai (Bernama) -- Sebanyak 16 rumah dan dua bangunan kerajaan di beberapa kawasan di Temerloh dekat sini, rosak akibat ribut yang berlaku pada petang semalam. 

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata kejadian berlaku sekitar 5.30 petang itu, bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa. 

Katanya, kawasan terlibat ialah Kampung Mempateh, Kampung Tan Seri Yahya, Taman Mentakab Indah, Taman Paya Tiram, Kampung Bukit Ketumbit, Kampung Seri Ketumbit, Kampung Rasau, Kampung Kerai, Kampung Gajah Mati dan Kampung Paya Keladan. 

"Dua bangunan kerajaan yang terjejas dalam kejadian itu ialah sebuah blok kediaman markas tentera Kem Batu 5 di Mentakab dan stor di Sekolah Kebangsaan Kerdau di Kerdau. 

"Anggaran kerugian masih dalam taksiran dan kami menasihatkan mereka yang terlibat untuk membuat laporan polis bagi pengesahan kejadian," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini. 

Zainal berkata setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara dibuka memandangkan ada mangsa yang masih menetap di rumah sendiri atau menumpang di rumah saudara-mara. 

Selain APM, agensi lain seperti polis, bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memberi bantuan awal kepada semua mangsa terlibat. 

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel