Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UniSZA muncul universiti rujukan manuskrip digital pertama di Malaysia


Tarikh kemaskini: 14/07/2019





KUALA NERUS, 14 Julai (Bernama) -- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi universiti pertama di negara ini yang bekerjasama dengan Arkib Negara Malaysia untuk menjalankan penyelidikan dan berkongsi kepakaran dalam bidang pendigitalan manuskrip lama.

Naib Canselornya, Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata sebagai permulaan, UniSZA akan menerima 35,000 naskhah manuskrip lama yang dibeli daripada Universiti Durham, United Kingdom pada hujung bulan ini, berkaitan Kesultanan Melayu dan Islam sebelum era kemerdekaan negara. 

"UniSZA akan menubuhkan Pusat Kajian Manuskrip secara dalam talian dan menjadi tempat rujukan untuk pelbagai kajian manuskrip Islam yang terbesar di Asia Tenggara. 

"Apabila manuskrip ini dihasilkan dalam bentuk digital, ia akan memberi capaian akses lebih mudah kepada sesiapa sahaja yang mahukan maklumat berkaitan sekali gus memartabatkan kepakaran tenaga pengajar dan penyelidik UniSZA dalam bidang manuskrip dan teknologi maklumat ke peringkat global," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UniSZA dan Arkib Negara Malaysia di sini hari ini. 

Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam UniSZA akan mendigitalkan manuskrip lama tersebut dengan menggunakan peralatan moden agar ia kekal dalam bentuk digital dan seterusnya diletakkan di Perpustakaan UniSZA. 

Ini menjadikan UniSZA sebagai satu-satunya pangkalan data digital katalog dokumen-dokumen rasmi berkaitan Sejarah Alam Melayu, Kesultanan Melayu Lama dan Islam di Malaysia serta Nusantara.

Sementara itu, Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Azemi Abdul Aziz berkata kebanyakan dokumen manuskrip lama berada dalam simpanan Arkib Negara adalah dalam bentuk tulisan jawi lama, yang mana tidak ramai individu mempunyai kepakaran untuk menulis dan membacanya ketika ini.

"MoU ini akan memberi peluang kepada penyelidik UniSZA untuk membantu menyebarluaskan ilmu berkaitan manuskrip itu agar generasi akan datang dapat manfaat daripadanya.

"Kami juga mengalu-alukan kerjasama dengan universiti lain sepertimana UniSZA yang ingin memartabatkan semula manuskrip lama ini dengan kaedah mendigitalkannya agar boleh diakses dengan lebih mudah tanpa had masa di mana-mana sahaja," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel