Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MOTAC yakin capai sasaran kedatangan 30 juta pelancong tahun hadapan


Tarikh kemaskini: 14/07/2019





TUMPAT, 14 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yakin akan mencapai sasaran kemasukan 30 juta pelancong ke negara ini pada tahun depan, kata Menterinya Datuk Mohammaddin Ketapi.

Beliau berkata justeru ia akan menjana kira-kira RM100 bilion pendapatan pada tahun depan berbanding RM92 bilion pada tahun ini menerusi segmen pelancong antarabangsa dan domestik.

"Kelantan antara negeri yang dijangka menarik ramai kemasukan pelancong asing ke Malaysia. Kelantan menyasarkan sejumlah 5.5 juta pelancong akan mengunjungi negeri itu pada tahun ini,  sekali gus membantu melonjakkan jumlah pelancong ke Malaysia pada tahun hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penutupan Festival Kesenian Rakyat Kelantan (FKRK) 2019 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Tan Sri Norliza Rofli, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Kelantan Datuk Md Anizam Ab Rahman dan Timbalan Gabenor Narathiwat Patimoh Sadiyamon.

FKRK mula dianjurkan pada 2017 merupakan satu daripada sembilan program yang tersenarai dalam kalendar pelancongan budaya di sembilan negeri bagi menyerlahkan keunikan seni budaya setempat sebagai satu produk pelancongan.

Pada penganjurannya yang lepas, sebanyak RM254,000 pendapatan telah dijana dengan kehadiran seramai 74,221 pengunjung.

Antara acara menarik yang diadakan pada FKRK kali ketiga tahun ini adalah pertandingan Rebana Ubi, Kertuk dan Dikir Barat selain persembahan Simfoni Pergendangan Kelantan.

Sementara itu Mohamaddin berkata kementeriannya sentiasa terbuka untuk menerima cadangan kerajaan negeri dalam usaha menghidupkan seni tradisi negeri masing-masing.

"Kesenian Mak Yong misalnya telah dibenarkan dipentaskan semula di Kelantan hasil kesepakatan bersama. Kita ucapkan terima kasih kepada Kelantan atas usaha murni memberi nafas baharu kepada kesenian Mak Yong dan ia kini boleh disaksikan di Auditorium JKKN Kelantan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel