Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kebakaran: tiga pekerja kilang melecur


Tarikh kemaskini: 13/07/2019





JOHOR BAHRU, 13 Julai (Bernama) -- Tiga pekerja kilang barangan kitar semula mengalami kecederaan melecur, selepas terperangkap dalam kebakaran di kawasan penyimpanan barangan kitar semula kilang itu di Seelong, Kulai, dekat sini, malam ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai Baru, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Awang berkata kebakaran dilaporkan berlaku pada 7.30 malam ketika kesemua mangsa sedang bekerja di tempat terbabit.

Dua mangsa merupakan lelaki warga Pakistan dan seorang lagi merupakan lelaki warga Bangladesh. 

Semuanya dianggarkan berumur 30 hingga 35 tahun dan telah pun dihantar ke Hospital Kulai untuk menerima rawatan lanjut.

“Kebakaran melibatkan kawasan simpanan barangan kitar semula kilang tersebut, yang berkeluasan 0.5 ekar dan tidak melibatkan struktur bangunan kilang.

Barangan kitar semula itu pula ialah tong gas LPG dan tong gas welding,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata sebuah jentera bersama lima keanggotaan telah dihantar ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran sebaik menerima panggilan kecemasan.   

Operasi pemadaman turut dibantu oleh dua jentera dan tujuh keanggotaan dari BBP Skudai. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel