Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bank Rakyat peruntukkan lebih RM31 juta tahun ini untuk biasiswa dan pendidikan


Tarikh kemaskini: 13/07/2019





ARAU, 13 Julai (Bernama) -- Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan lebih RM31 juta dalam bentuk biasiswa dan penganjuran pelbagai seminar untuk membantu pelajar di seluruh negara menghadapi peperiksaan pada tahun ini.

Pengerusi YBR dan Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso berkata, daripada jumlah itu lebih RM24.5 juta adalah biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke universiti dan bakinya bagi menganjurkan seminar pendidikan dan aktiviti lain berkaitan pendidikan.

“Sejak 2003, lebih 200,000 pelajar yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PT3 (Penilaian Tingkatan 3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara mendapat manfaat program itu.

Bagi tahun ini, YBR memperuntukkan hampir RM1 juta melaksanakan Seminar Didik Rakyat,” katanya kepada media selepas perasmian Seminar Didik Rakyat 2019 peringkat negeri Perlis oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof di sini, hari ini.

Noripah berkata, YBR dengan kerjasama akhbar Berita Harian akan menganjurkan lebih 60 seminar untuk calon UPSR dan SPM di seluruh negara tahun ini.

Terdahulu, Mohd Redzuan menyampaikan "mock cek" sumbangan YBR kepada wakil-wakil sekolah yang terlibat dengan program itu yang disertai lebih 200 pelajar.

Dalam ucapan perasmiannya, Mohd Redzuan berharap program YBR itu dapat memberi impak terhadap peningkatan tahap kecemerlangan pelajar sejajar dengan matlamat pendidikan negara untuk melahirkan modal insan serba boleh pada alaf baharu ini.

Pengurus Besar Bank Rakyat, Norashikin Shaharudin pula berkata program yang dianjurkan itu bertujuan meningkatkan kualti murid dalam pendidikan.

Bank itu akan melibatkan lagi peranan rakan kerjasamanya secara berterusan dalam program itu pada masa hadapan bagi menyedarkan masyarakat akan kepentingan pendidikan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel