Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KADA rancang ternak lembu wagyu


Tarikh kemaskini: 13/07/2019





KOTA BHARU, 13 Julai (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) sedang berura-ura untuk menternak lembu wagyu di Kelantan.

Ahli Lembaga KADA Mohd Zulkifli Zakaria berkata idea berkenaan diilhamkan oleh Pengerusi KADA Senator Datuk Husam Musa selepas melihat dua individu baru-baru ini membeli lima ekor lembu wagyu dari Thailand yang melibatkan kos hampir RM100,000.

Lembu itu diternak di Tumpat dan Salor di sini.  

“Kita akan melihat dahulu perkembangan ternakan lembu wagyu oleh dua individu berkenaan dan jika  sesuai, KADA akan usahakan untuk diternak secara besar-besaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Koperasi Keusahawanan Penternakan dan Pertanian Kelantan Berhad di Kampung Tegayong Melor di sini, hari ini. 

Hadir sama, Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Kelantan Zariah Zakaria dan Pengerusi Penaja koperasi tersebut Datuk Mohd Rozaman Yahya.

Ternakan itu biasanya diimport dari Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Australia. 

Semakan harga secara online di salah sebuah pasaraya di Malaysia menunjukkan satu kilogram daging lembu wagyu berharga RM446.90. (Wagyu bererti lembu jepun).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel