Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bahan kimia bocor dari sebuah kilang di Tanjung Agas, Muar


Tarikh kemaskini: 13/07/2019





MUAR, 13 Julai (Bernama) -- Tindakan pantas anggota Bomba dan Penyelamat berjaya mengelakkan  bahan kimia Sodium Flourite yang bocor dari sebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Tanjung Agas di sini daripada merebak ke kawasan sekitar.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata, kebocoran itu berlaku pada tiga daripada empat tong biru tua berisi 220 liter bahan kimia itu di kilang tersebut.

Menurutnya, sepasukan bomba dengan lapan anggota digegaskan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pukul 10.54 pagi.

Beliau berkata, kebocoran itu dipercayai melibatkan tidak  sampai seliter bahan kimia itu yang mengalir dan pihak bomba terpaksa melakukan kerja-kerja kawalan bagi mengelakkan bahan itu daripada terus merebak.

" Tindakan awal oleh pihak Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT)  premis berkenaan dengan menggunakan  abu soda juga telah membantu  menyerap bahan kimia berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata melalui maklumat diterima daripada pihak premis, kebocoran itu dipercayai berlaku disebabkan kemungkinan ada bahan kimia lain yang bercampur.

Rafiah berkata kerja-kerja pemindahan bahan kimia itu bermula jam 2.30 petang dan setakat pukul 3.30 petang ia masih dijalankan bersama pihak swasta yang dilantik oleh pihak premis bagi tujuan pelupusan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel