Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Reman dua remaja disyaki bunuh pelajar disambung enam hari


Tarikh kemaskini: 13/07/2019





TAIPING, 13 Julai (Bernama) -- Tempoh tahanan reman ke atas sepasang kekasih remaja yang dikaitkan dengan pembunuhan seorang pelajar  tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward 7, yang berakhir hari ini, dilanjutkan enam hari lagi.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata perintah sambung reman terhadap kedua-dua remaja itu dikeluarkan oleh Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh bagi membantu siasatan. 

Pada Isnin lepas, remaja perempuan berumur 14 tahun yang merupakan adik mangsa dan teman lelakinya berusia 15 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan kes bunuh itu. 

Ahad lepas, mayat S. Sritharan, 16, ditemui di belakang sebuah rumah kosong dekat rumah mangsa di Taman Glenview, Kamunting, pada 12.18 tengah hari.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel