Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Shahrul Zaman kekal presiden KRM


Tarikh kemaskini: 13/07/2019





KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Datuk Shahrul Zaman Yahya terus diberi mandat untuk menerajui Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) selepas dipilih sebagai presiden badan induk itu bagi penggal 2019-2022, hari ini.

Shahrul Zaman, Presiden penggal 2016-2019, mengekalkan kedudukan itu selepas menang dengan kelebihan lima undi, setelah memperoleh 24 undi menewaskan pencabarnya, Presiden Kesatuan Ragbi Kedah, Tan Sri Abdul Halim Karim. 

Pemilihan itu diadakan sempena mesyuarat agung tahunan KRM 2019-2022 di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (OCM) di sini.

Jawatan Timbalan Presiden pula menyaksikan perubahan apabila Velayuthan Tan tidak dicalonkan semula dan jawatan itu menjadi milik Amir Amri Mohamad, yang juga naib presiden KRM bagi penggal lepas.

Presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu itu memperoleh 26 undi, menewaskan Presiden Persatuan Ragbi Kelantan, Datuk Tamunif Mokhtar yang mendapat 17 undi.

Dalam pada itu, pengarah pertandingan KRM, Mohamad Fahmy Abd Jalil memenangi kerusi Naib Presiden dengan memperoleh 37 undi, mengetepikan penyandang terdahulu, Raimy Mohd Yusof yang meraih  21 undi.

Selain Mohamad Fahmy, turut memenangi jawatan Naib Presiden ialah Presiden Persatuan Ragbi Putrajaya, Mohd Zaki Shahran selepas mendapat 27 undi.

Empat ahli jawatankuasa dipilih daripada 10 calon bertanding pula adalah Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Johor, Lee Nyuk Fah (31); pengurus pasukan ragbi tujuh sebelah kebangsaan Sukan SEA 2019, Prof Madya Dr Ahmad Naim Ismail (24); Penolong Setiausaha Kesatuan Ragbi Kuala Lumpur, Mohd Khairulnizam Mohd Isa (22) dan Setiausaha Persatuan Ragbi Labuan, Ahmad Affendy Abdul Razak (21).

Semua undian dilakukan 43 perwakilan dari 18 ahli gabungan seluruh negara.

 

Keputusan penuh:

Presiden

1. Datuk Shahrul Zaman Yahya - 24 undi

2. Tan Sri Datuk Wira Abd Halim Karim -19

 

Timbalan Presiden 

1. Datuk Tamunif Mokhtar - 17

2. Amir Amri Mohamad - 26

 

Naib Presiden (2 Jawatan)

1. Raimi Mohd Yusof - 21

2. Mohamad Fahmy Abd Jalil - 37

3. Mohd Zaki Shahran - 27

 

Ahli Majlis (4 Jawatan)

1. Lee Nyuk Fah - 31

2. Dr. Ahmad Naim Ismail - 24

3. Ahmad Effendy Abdul Razak - 21

4. Mohd Najib Johan - 15

5. Muhammad Najib Hamzah - 12

6. Mohd Ezwan Jamil - 9

7. Idrus Ismail - 13

8. Mohd Norfazreim Imran - 15

9. Mohd Khairulnizam Mohd Isa - 22

10. Nur Suraimee Ahmad - 8

 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel