Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jabatan Perhutanan cadang kenakan bayaran masuk tujuh hutan lipur di Perak


Tarikh kemaskini: 13/07/2019





IPOH, 13 Julai (Bernama) -- Jabatan Perhutanan Perak bercadang mengenakan bayaran masuk di tujuh lagi hutan lipur di negeri ini secara berperingkat dalam tempoh dua tahun akan datang untuk tujuan penyelenggaraan. 

Pengarahnya, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata ketika ini tujuh daripada 14 hutan lipur  yang terdapat di Perak ini telah dikenakan bayaran RM2 setiap seorang.

Katanya tujuh hutan lipur itu ialah Taman Eko Rimba Kledang Saiong, Ipoh; Taman Eko Rimba Papan, Batu Gajah; Taman Eko Rimba Pulau Tali Kail, Gerik; Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar; Taman Eko Rimba Kuala Woh dan Taman Eko Rimba Lata Kinjang di Tapah serta Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang di Taiping.

"Kita akan menyediakan kertas kerja dan bentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) untuk pertimbangan kerajaan negeri sebelum kita melaksanakan sepenuhnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 'Jungle Park In Town' Siri 2 di perkarangan Taman Eko Rimba Kledang Saiong di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Zin berkata pihaknya menyasarkan 900 batang pokok akan dijual kepada individu, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat menerusi program 'oksigen land bank' yang bertujuan memelihara pelbagai spesies pokok  di hutan simpan di negeri ini.

Menurut Mohamed Zin pada peringkat permulaan, pokok jenis meranti, tembaga dan cengal akan dijual bermula RM2,000 sehingga RM5,000 mengikut saiz pokok tersebut.

"Kita telah mengadakan rundingan peringkat awal dengan beberapa syarikat serta individu yang berminat untuk menyertai program ini yang akan dilancarkan tidak lama lagi," katanya.

Bulan lepas, Mohamed Zin berkata program itu akan dimulakan di Hutan Simpan Kekal Chikus yang terletak di Sungai Manik, Teluk Intan dan Hutan Royal Belum di Gerik.

 "Program ini berkonsepkan kita akan menjual pokok-pokok yang terdapat di kedua-dua hutan tersebut kepada individu, NGO dan syarikat korporat yang berminat untuk membeli spesies pokok tersebut.

"Kita akan jual pokok-pokok itu fasa demi fasa dan sebagai permulaan, kita akan memberi tumpuan kepada kawasan seluas 10 hektar dahulu," kata Mohamed Zin.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel