Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PCEB sasar nilai impak ekonomi meningkat 30 peratus tahun ini


Tarikh kemaskini: 13/07/2019





GEORGE TOWN, 13 Julai (Bernama) -- Biro Konvensyen dan Pameran Pulau Pinang (PCEB) menjangkakan anggaran nilai impak ekonomi (EEI) meningkat 30 peratus tahun ini didorong pencapaiannya mencatatkan EEI RM1.3 bilion tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif, G Ashwin berkata jangkaan mencapai kira-kira RM1.69 bilion daripada acara perniagaan yang dianjurkan pada tahun ini adalah berasaskan pertumbuhan nilai secara ketara yang direkodkan sejak penubuhan PCEB pada 2016.

“Kami juga berharap untuk meningkatkan jumlah acara perniagaan, perwakilan dan tempoh bermalam di bilik penginapan sebanyak 10 peratus tahun depan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen ‘Penang 2020: Be Unfiltered’ anjuran PCEB oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow malam tadi.

Kempen itu dilancarkan sempena kempen pelancongan negeri, ‘Experience Penang Year 2020’.

Beliau berkata sejajar dengan kempen PCEB itu, pihaknya akan melancarkan aplikasi mudah alih, pakej ganjaran dan insentif untuk acara perniagaan antarabangsa, program tanggungjawab sosial korporat dan perkongsian strategik dengan Malaysia Airlines.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel