Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penoreh getah disyaki tetak dua warga emas direman tujuh hari


Tarikh kemaskini: 13/07/2019





SEGAMAT 13 Julai (Bernama) -- Seorang penoreh getah yang disyaki menyerang dan menetak dua orang warga emas sehingga mengakibatkan kematian mereka dalam kejadian di Buloh Kasap semalam, direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Salina Omar yang membenarkan suspek berusia 33 tahun itu direman sehingga 19 Julai ini bagi membantu siasatan.

Suspek yang memakai baju-T putih dan berseluar pendek merah tiba di Kompleks Mahkamah Segamat kira-kira pukul 9.30 pagi.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam, dua orang lelaki warga emas masing-masing berumur 74 dan 60 tahun mati ditetak dengan parang di sebuah kedai makan dan gerai durian oleh seorang lelaki yang mengamuk serta membuat serangan secara rambang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel