Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM Kuala Perlis tahan lima nelayan guna pukat hanyut untuk tangkap ikan


Tarikh kemaskini: 13/07/2019





KUALA PERLIS, 13 Julai (Bernama) -- Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis menahan sebuah sampan bersama seorang tekong tempatan dan empat awak-awak Thailand menggunakan pukat hanyut untuk menangkap ikan di Kuala Sungai Baru di sini awal pagi tadi.

Pengarahnya Komander Maritim Nurulazme Zakariah berkata sampan itu tidak didaftarkan dan tidak memiliki lesen yang sah mengikut Akta Perikanan 1985 selain tiada kebenaran untuk menggunakan pekerja asing mengikut Akta Imigresen 1959/1963.

“Awak-awak Thailand itu yang tidak mempunyai pas pekerja asing beserta sampan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Perlis untuk disiasat lebih lanjut,” kata Nurulazme dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Menurut beliau semua nelayan berumur 21 hingga 36 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Maritim yang membuat rondaan rutin di kawasan laut kira-kira 2.3 batu nautika barat daya Sungai Baru pada 2.15 pagi.

Nurulazme meminta kerjasama penduduk tempatan khususnya nelayan supaya melaporkan kepada APMM mengenai sebarang aktiviti mencurigakan bagi mencegah penyeludupan atau aktiviti penangkapan ikan secara haram dalam perairan negara.

APMM Zon Maritim Kuala Perlis boleh dihubungi melalui talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi melalui nombor 04-9851072 dan 04-9851162. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel