Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Marin patahkan cubaan seludup masuk buahan-buahan dan sayur


Tarikh kemaskini: 13/07/2019





LANGKAWI, 13 Julai (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi menahan seorang lelaki serta dua wanita yang membawa masuk tumbuhan dan buah-buahan dengan cara tidak diwartakan di perairan Tanjung Dendang, dekat sini pagi semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Satu Langkawi , DSP Rohizan Mohamad Saaid berkata tangkapan dilakukan kira-kira 11.30 pagi oleh sepasukan anggota yang sedang melaksanakan Op Gelora di lokasi tersebut.

Katanya semasa operasi tersebut, anggota PPM Wilayah Satu Langkawi telah mengesan sebuah bot fiber yang dinaiki seorang wanita warga Malaysia bersama seorang lelaki dan wanita warga Thailand berusia antara 48 hingga 63 tahun.

"Pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut, anggota menemukan 210 kilogram (kg)  pucuk sayur manis, 30 kg rambutan, 30 kg manggis dan dua biji durian. Siasatan lanjut mendapati sayur dan buah-buahan itu dibawa masuk dari Thailand dengan cara tidak diwartakan.

"Tiga yang ditahan bersama rampasan seperti bot fiber dan enjin bernilai RM12,000 serta tumbuhan dan buah-buahan bernilai RM920 itu telah dibawa ke Pangkalan PPM Wilayah Satu Langkawi di Bukit Malut sebelum diserahkan kepada  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes akan disiasat dibawah Seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel