Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua warga emas maut diserang dengan parang


Tarikh kemaskini: 13/07/2019





SEGAMAT, 12 Julai (Bernama) -- Dua lelaki warga emas maut selepas diserang oleh seorang lelaki bersenjatakan sebilah parang dalam dua kejadian berasingan di Buloh Kasap, di sini, hari ini,

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat cedera parah dalam kejadian yang berlaku di sebuah kedai makan dan gerai menjual durian kira-kira jam 6 petang tadi.

“Dalam kejadian pertama, suspek berumur 33 tahun yang menaiki motosikal berhenti di hadapan sebuah kedai makan sebelum turun dan menetak seorang lelaki berusia 70-an yang sedang minum di kedai situ.

“Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada muka dan badan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Katanya, suspek kemudian berjalan menuju  ke sebuah gerai menjual durian kira-kira 200 meter dari lokasi pertama sebelum menikam peniaga durian berusia 60-an menggunakan senjata sama dan mangsa meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Klinik Kesihatan Awam Buloh Kasap.

Beliau berkata polis kemudian berjaya menahan suspek di lokasi kedua dan menemui parang yang digunakan oleh suspek warga tempatan itu.

Menurutnya, motif sebenar kejadian masih disiasat dan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel