Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pahang, TFC kongsi satu mata di Kuala Terengganu


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Pahang hampir pasti menamatkan saingan Liga Super musim ini dalam kelompok tiga pasukan terbaik meskipun terikat 1-1 dengan Terengganu FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Babak pertama pertembungan ‘derby’ pantai timur itu menyaksikan kedua-dua pasukan menampilkan permainan bergaya dengan beberapa percubaan menarik dihasilkan.

Skuad Penyu yang diketuai pemain import kelahiran England, Lee Andrew Tuck terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi jaringan Syamim Yahya yang melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-42.

Pertahanan, Adib Aizuddin Ab Latif hampir meletakkan TFC selesa mendahului 2-0, namun usahanya berjaya diselamatkan penjaga gol Rezemy Che Ros.

Pahang bangkit menyamakan kedudukan lima minit selepas rehat menerusi pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh sebelum kedua-dua pasukan bekerja keras memburu gol kemenangan, namun terpaksa berpuas hati meraih satu mata.

Keputusan itu menyaksikan Pahang yang kini menghuni tangga kedua dengan 37 mata hanya memerlukan sekurang-kurangnya satu mata dalam dua perlawanan terakhir untuk menamatkan saingan dalam kelompok tiga pasukan terbaik.

Dalam pada itu, Universiti Kebangsaan Malaysia FC (UKM FC) akhirnya menarik nafas lega apabila terselamat daripada zon penyingkiran selepas meraih kemenangan tipis 3-2 ke atas Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Pemain import dari Crotia, Mateo Roskam muncul wira pasukan apabila meledak dua gol pada minit ke-23 dan 52’ sekali gus membantu UKM FC mengutip tiga mata untuk selesa di luar zon penyingkiran dengan 22 mata.

Terdahulu Milad Zanidpour Mansour membuka jaringan buat UKM FC pada minit ke-20 sementara dua gol JDT II masing-masing dijaringkan Muhammad Izaffiq Ruzi pada minit ke-24 diikuti sepakan penalti yang disempurnakan pemain gantian Md Rozaimi Abd Rahman pada masa tambahan babak kedua.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel