Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Majlis sambutan Keputeraan Raja Perlis ke-76 ditunda


Tarikh kemaskini: 12/07/2019




KANGAR, 12 Julai (Bernama) -- Majlis sambutan ulang tahun keputeraan ke-76 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang dijadualkan pada 17 Julai ini ditunda kepada 12 Okt.

Sehubungan itu istiadat perbarisan kawalan kehormatan dan penganugerahan darjah kebesaran dan pingat negeri serta  majlis santapan negeri akan diadakan pada tarikh 12 Okt.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dalam satu kenyataan hari ini  tetapi beliau tidak menyatakan sebab majlis itu ditunda.

Azlan berkata 17 Julai ini kekal sebagai hari kelepasan am sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis.

Menurut kenyataan itu lagi acara sampingan yang dijadualkan semula ialah Wacana Wangsa Jamalullail pada 16 Julai, perasmian Masjid A-Maghfirah (19 Julai) dan jamuan teh (20 Julai), yang ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel