Z8iNEmU78b4 Ketua Hakim Negara dahului penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ketua Hakim Negara dahului penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang


Tarikh kemaskini: 12/07/2019




GEORGE TOWN, 12 Julai (Bernama) -- Ketua Hakim Negara Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mendahului senarai 877 penerima penerima darjah kebesaran bintang dan pingat kehormatan negeri sempena Ulang Tahun ke-81 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Maimun, 60, yang dilantik memegang jawatan itu pada 2 Mei lalu, adalah penerima tunggal bagi Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Menurut senarai yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, terdapat dua penerima yang akan menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan  Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Selain itu, 12 orang dianugerahkan pingat Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri, antaranya ahli korporat yang memegang jawatan Pengarah bagi beberapa syarikat berkaitan sektor industri, pembinaan dan pembangunan iaitu Datuk Ooi Teik Heng, ahli perniagaan yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat Manora Sdn Bhd, Datuk Abdul Rafique Abdul Karim, Naib Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh.

Turut menerima anugerah DGPN itu ialah Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang Khor Ten Haw @ Khor Teng How, bekas Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Datuk Rosli Jaafar dan Ketua Pengarah Kastam  Datuk Paddy Abd Halim.

Selain itu seramai enam penerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) yang membawa gelaran Datuk yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Datuk Hadhariah Syed Ismail, usahawan Datuk Chin Hai Siang, ahli perniagaan, Datuk Lee Ah Hoe, Pengerusi Koperasi Tunas Muda Datuk Mansor Musa, bekas Pensyarah Universiti Malaya (UM) Shaari Mohd Isa, dan Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang Datuk Sulaiman Abdullah,

Sejumlah 50 individu menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk dan antaranya ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban Dr. T.Jayabalan, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Mohd Jamil Mohamed dan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Muhamad Yusoff Mohd Nor.

Selain itu 55 individu menerima Darjah Johan Negeri (DJN), Bintang Cemerlang Negeri (35), Pingat Kelakuan Terpuji (89), Pingat Jasa Kebaktian (278), Pingat Jasa Masyarakat (320) dan 29 orang menerima Pingat Bakti Setia.

Istiadat penganugerahan akan berlangsung di Dewan Sri Pinang di sini esok.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel