Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Majikan tidak diwajibkan sedia rumah buat pekerja


Tarikh kemaskini: 12/07/2019




PUTRAJAYA, 12 Julai (Bernama) -- Rang Undang-undang Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019, tidak mewajibkan semua majikan menyediakan kediaman dan penempatan kepada pekerja mereka, kata Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun menurutnya jika majikan memilih untuk menyediakan kemudahan-kemudahan itu, Akta ini akan menggariskan standard minimun yang perlu dipatuhi mereka.

Merujuk kepada peruntukan yang berkaitan penempatan berpusat, kementerian itu berkata ia adalah senarai bentuk-bentuk kediaman yang boleh dipilih oleh majikan untuk dijadikan rumah pekerja bagi kemudahan para pekerja mereka, selain daripada bangunan bagi tujuan tempat tinggal.

"Undang-undang tidak mewajibkan para majikan untuk menyediakan penempatan berpusat,” menurutnya.

Kementerian itu berkata ketika ini Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 hanya diguna pakai kepada sektor pelombongan dan pertanian.

“Rang Undang-undang baharu bertujuan untuk meluaskan liputan Akta sedia ada, ke semua sektor,” menurutnya.

Difahamkan Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan kenyataan ini bagi menjawab dua laporan akhbar tempatan yang bertajuk “Bill for workers tabled” dan “compulsory housing is news to us, say employers”.

Laporan itu antara lain mengatakan bahawa para majikan dalam sektor industri akan diwajibkan untuk menyediakan penempatan berpusat kepada pekerja mereka di bawah rang undang-undang baharu yang dibentangkan di Parlimen semalam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel