Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MOA mahu IADA Kota Belud majukan tanaman padi organik


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





KOTA BELUD, 12 Julai (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mahu Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud terus komited memajukan pembangunan tanaman padi organik di Kampung Tambatuon, dekat sini.

Timbalan Menterinya, Sim Tze Tzin berkata, kementerian akan sentiasa menyokong usaha IADA Kota Belud bagi mengkomersialkan tanaman padi organik di kampung berkenaan memandangkan ia mempunyai potensi tersendiri dan permintaan dalam pasaran juga cukup meluas.

“(IADA Kota Belud) perlu menjadikan tempat (Kampung Tambatuon) sebagai lokasi istimewa bagi tanaman padi organik kerana beras dihasilkan mempunyai khasiat tinggi selain harganya juga tinggi.

“Usaha memajukan tanaman padi organik di kampung ini juga akan mampu meningkatkan hasil pendapatan petani sekali gus seiring dengan hala tuju kementerian untuk memastikan pendapatan petani dapat ditingkatkan.

“Apabila hasil pendapatan petani meningkat, mereka pastinya akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan lagi hasil pengeluaran padi mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kembara Media MOA dan Pusat Informasi Padi Kampung Tambatuon di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Sim juga mahu IADA Kota Belud memberi perhatian untuk menambahbaik sistem pengairan dan saliran di Kampung Tambatuon bagi memastikan para petani di kampung berkenaan mendapat sumber air mencukupi bagi tanaman padi organik.

Mengenai Pusat Informasi Padi, Sim berkata, ia adalah bukti kesungguhan kerajaan menerusi IADA Kota Belud dalam memastikan penyaluran maklumat terkini berkaitan pembangunan padi negara dapat disampaikan kepada golongan sasar.

Beliau juga berharap pusat berkenaan menjadi nadi kepada masyarakat Kampung Tambatuon menjalankan pelbagai program berorientasikan penyaluran maklumat mahupun pemindahan teknologi setempat.

IADA Kota Belud telah mengadakan pelbagai program ke arah menyumbang pengeluaran agromakanan negara dan meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel