Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mohd Shafie terima kunjungan hormat Duta Besar Uzbekistan


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





KOTA KINABALU, 12 Julai (Bernama) -- Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini menerima kunjungan hormat Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia, Ravshan Usmanov yang bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan kedua-dua pihak.

Diiringi delegasinya, Ravshan disambut Mohd Shafie di pejabat beliau pada 4.00 petang dan pertemuan itu berlangsung kira-kira satu jam.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Mohd Shafie berkata, selain untuk mengeratkan lagi hubungan sedia ada, perkara yang dibincangkan pada pertemuan itu adalah beberapa bentuk kerjasama yang  boleh dilaksanakan oleh kedua-dua pihak.

“Contohnya, kita berbincang mengenai sektor pelancongan kerana Sabah mempunyai banyak tempat yang menarik. Kita juga bercakap mengenai produk pembuatan seperti kraftangan kerana kita tahu masyarakat Uzbekistan mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan dan kita boleh belajar daripada mereka,” katanya.

Mohd Shafie berkata, pada perjumpaan itu beliau juga menjelaskan mengenai pelbagai peluang pelaburan berpotensi yang ada di Sabah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel