Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Sandakan dekatkan diri dengan pelajar menerusi Program Sahabat Polis


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





SANDAKAN, 12 Julai (Bernama) -- Susulan operasi cegah ponteng sekolah yang dilaksanakan bersama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan minggu lepas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini mengambil inisiatif untuk melaksanakan Program Sahabat Polis, khusus bagi mendekatkan warga polis dengan pelajar-pelajar sekolah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah ACP Mohd Azhar Hamin berkata selain boleh merapatkan hubungan antara polis dan pelajar sekolah, program itu juga dilihat dapat meningkatkan tahap disiplin dalam kalangan pelajar, sekaligus membendung penglibatan mereka dalam gejala sosial.

"Dewasa ini ada juga remaja kita, terutama pelajar terlibat dalam jenayah termasuk pecah rumah. Jadi, pihak polis Sandakan adakan inisiatif ini untuk menjadikan pelajar sebagai sahabat kita supaya mereka boleh dibimbing, di samping mereka juga boleh menjadi mata dan telinga pihak polis," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Sabah Tan Sri Andrew Liew Sui Fatt.

Mohd Azhar berkata sepanjang tahun lepas, di daerah Sandakan, lima pelajar sekolah menengah ditahan bagi kes rogol dan tiga, termasuk dua pelajar sekolah rendah, ditahan bagi kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, manakala dua pelajar sekolah menengah ditahan bagi kes pecah rumah dan 29 pelajar sekolah menengah ditahan kerana merusuh.

Bagi tahun ini pula sehingga Jun, beliau berkata 10 pelajar lelaki sekolah menengah ditahan kerana merusuh, dan menurutnya semua pelajar itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel