Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PKNS iktiraf pekerja cemerlang dan raikan bakal pesara


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





SHAH ALAM, 12 Julai (Bernama) -- Seramai 84 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 25 penerima Anugerah Jasamu Dikenang dan 41 pesara hari ini diraikan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada satu majlis bagi menghargai sumbangan, kesetiaan dan komitmen kerja mereka.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Datuk Nor Azmie Diron dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain.

Mohd Azizi dalam ucapannya pada majlis itu berkata, pemberian anugerah berkenaan bertujuan menggalakkan warga perbadanan untuk terus memberi komitmen, meningkatkan produktiviti serta dapat menerapkan mutu kerja berkualiti.

“Warga PKNS bukan sahaja peneraju kepada perubahan tetapi juga penggerak utama ke arah kecemerlangan perbadanan ini.

“Kecemerlangan yang ditunjukkan penerima anugerah ini adalah manifestasi warga kerja PKNS selaras dengan tanggungjawab mereka dalam menunaikan amanah kepada rakyat,” katanya.

Tambah beliau, bagi mencapai kecemerlangan, seseorang memerlukan komitmen dan sokongan daripada pelbagai pihak, maka pemberian anugerah seumpama itu mampu menghargai peranan warga PKNS yang telah meningkatkan keberkesanan hasil kerja dalam mencapai sasaran dan menepati jangkaan pelanggan.

Katanya, dengan pemberian APC itu, warga PKNS amat diharapkan agar dapat terus memberikan komitmen dalam setiap tugasan sekali gus menjadikan khidmat yang ditawarkan perbadanan terus kekal relevan, selain diyakini dalam memenuhi kehendak pelanggan.

Pada majlis berkenaan, penerima APC membawa pulang sijil penghargaan dan cek bernilai RM1,000 setiap seorang sementara penerima Anugerah Jasamu Dikenang dianugerahkan pingat, sijil simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN) dan sijil penghargaan.

Bagi pesara wajib pula mereka menerima pingat, Sijil Simpanan Premium, sijil penghargaan dan seutas jam tangan untuk pasangan masing-masing.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel