Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kecoh apabila lelaki marahkan majistret kerana tegurnya ambil gambar dalam Mahkamah


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





MELAKA, 12 Julai (Bernama) -- Tindakan seorang lelaki meninggikan suara memarahi majistret kerana tidak puas hati ditegur dengan baik oleh majistet itu kerana perbuatannya mengambil gambar ketika perbicaraan sedang berlangsung, menimbulkan kekecohan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Peristiwa berlaku ketika Majistret Teoh Shu Yee sedang mendengar perbicaraan kes sambung reman bagi kes pecah rumah membabitkan “Geng Surya” pada kira-kira pukul 11.20  pagi.

Ketika perbicaraan sedang berlangsung, lelaki berusia 49 tahun itu, yang berada di galeri awam, telah mengeluarkan telefon bimbitnya dan mengambil gambar suspek menyebabkan Teoh memberi amaran kepadanya agar tidak berbuat demikian kerana ia melanggar peraturan mahkamah.

Teoh kemudian meminta agar polis mahkamah mengambil kad pengenalan lelaki itu dan menyoal dengan baik apa tujuan dia berbuat demikian.

Majistret berkenaan turut menasihati lelaki terbabit agar tidak meneruskan perbuatan itu kerana ia menyalahi peraturan mahkamah bagi menghormati hak suspek yang belum disahkan bersalah sebelum pengadilan mahkamah dilakukan.

Berang dengan nasihat majistret itu, lelaki itu tidak mempedulikan arahan polis mahkamah agar dia tidak berpeluk tubuh ketika berhadapan dengan majistret.

Setelah menerima kembali kad pengenalannya, lelaki itu dengan nada tinggi memarahi majistret itu dan mempersoalkan bidang kuasa majistret meminta kad pengenalannya sebelum dia dibawa keluar oleh polis mahkamah bagi meredakan ketegangan selama kira-kira sepuluh minit itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian itu dan berkata satu laporan polis telah dibuat.

Beliau berkata  anggota polis mahkamah  telah menahan lelaki  itu dan merampas telefon bimbitnya.

Afzanizar berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati lelaki tersebut mempunyai empat rekod jenayah lampau.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel