Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Maqis rampas 15kg daging sejuk beku dari warga Australia


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





GEORGE TOWN,12 Julai (Bernama) -- Pelbagai jenis daging sejuk beku seberat lebih 15kg dirampas dari seorang wanita warga Australia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas dekat sini, semalam.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang, Zarina Ramli berkata rampasan itu melibatkan daging kambing 9kg, daging lembu 4.22kg dan daging babi 2kg di samping keju seberat 4kg, yang semuanya dianggarkan bernilai RM665.

"Pihak Maqis menerima maklumat wanita berumur 58 tahun itu membawa masuk beberapa jenis daging sejuk beku termasuk babi walaupun larangan membawa masuk (daging babi) telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia berikutan penularan penyakit African Swine Fever (ASF)," katanya di sini hari inii.

Katanya pengimportan, atau sengaja membawa masuk daging berkenaan menerusi laluan udara adalah dilarang sama sekali ketika ini, bagi tujuan membanteras risiko kemasukan penyakit ASF ke dalam negara, yang boleh merosakkan industri penternakan.

"Antara produk-produk yang berisiko dalam penularan virus ASF adalah babi hidup, daging babi segar, daging babi sejuk beku serta daging babi proses seperti babi salai dan sosej," katanya.

Zarina berkata perbuatan mengimport tanpa permit yang sah dari Maqis merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau enam tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu,  seorang  penumpang dari Indonesia turut ditahan di LTAPP semalam kerana membawa masuk 14.8kg mangga harumanis yang dianggarkan bernilai RM364.08 tanpa sebarang dokumen yang sah seperti Import Permit dan Sijil Fitosanitasi.

"Malaysia melarang  pengimportan itu bagi menghalang kemasukan serangga perosak seperti kumbang pengorek buah mangga ke Malaysia dan merosakkan industri mangga negara. Selain daripada larangan pengimportan, kemasukan buah mangga oleh penumpang di laluan udara juga adalah dilarang," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel