Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

"PEMAIK" akan bantu Iban miskin luar bandar - Uggah


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





KUCHING, 12 Julai (Bernama) -- "PEMAIK", sebuah persatuan merangkumi pemimpin komuniti Iban di daerah Kuching, akan menggunakan data kutipan mengenai jumlah Iban miskin di bandar ini bagi membantu mereka menerusi peruntukan bantuan kerajaan.

 Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kumpulan itu yang diketuai oleh Temenggong Datuk Bernard Agan telah mengumpulkan data berkenaan di kawasan masing-masing sejak awal tahun ini.

"Data itu amat kritikal. Kami mahu memastikan jumlah isi rumah yang miskin, masalah harian yang mereka hadapi, jumlah keciciran dalam persekolahan dalam kalangan kanak-kanak, kes ponteng sekolah, jumlah pelanggan dan seumpama.

"Saya berharap dapat mengumpulkan data itu pada akhir Ogos ini untuk kami tentukan kawasan berprofil… Kemudian kami akan duduk bersama untuk mencari penyelesaian dan program dengan bantuan kerajaan,” katanya pada satu majlis anjuran PEMAIK di sini.

Uggah, yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, berkata persatuan itu dan pemimpin tempatan yang lain sedang mengusahakan satu konsep dinamakan “Sing Garden” bagi menyelesaikan masalah dengan mengenalpasti kemungkinan kawasan penempatan semula.

Beliau berkata, terdapat juga persatuan dikenali Persatuan Miskin Bandar Kuching (SKUP) yang menyediakan makanan percuma di bandar ini.

"Persoalannya mengapa terdapat keperluan bagi perkhidmatan seumpama? Hidup memang susah di bandar tetapi pada masa yang sama terdapat banyak juga peluang,” katanya.

Beliau berkata, aspirasi Kerajaan Negeri adalah untuk semua orang yang tinggal di bandar ini menikmati tahap keselesaan dan faedah, yang sama rata, yang terdapat di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata, perumahan yang mencukupi terutama bagi generasi kedua dan ketiga, dijangka menjadi antara agenda yang lebih penting.

Mengenai usaha memerangi kemiskinan, beliau berkata ia bukanlah mudah tetapi dengan bantuan Kerajaan Negeri sesuatu mungkin dapat dilakukan untuk membantu kumpulan sasaran seperti menggalakkan pertanian pintar dan aktiviti industri berasaskan pertanian bagi membantu meningkatkan pendapatan”.

Mengenai peningkatan perpindahan luar bandar-bandar di Sarawak, beliau berkata, kira-kira 70 peratus penduduk akan berpindah ke bandar, pekan dan pusat bandar lain.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel