Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

445 pemandu e-hailing di Perak lulus ujian PSV


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





IPOH, 12 Julai (Bernama) -- Seramai 1,069 pemandu perkhidmatan e-hailing di Perak telah mendaftarkan pengambilan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) sehingga hari ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak Severinus Tukah berkata dari jumlah itu, seramai 696 pemandu telah menghadiri kursus dan hanya 445 daripadanya yang lulus selepas melalui proses perolehan lesen PSV.

“Bagaimanapun setakat ini hanya 343 pemandu daripada mereka yang telah lulus memperoleh kad PSV manakala 102 lagi masih belum mengambil kad PSV daripada JPJ,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengalakkan pemandu e-hailing mendapatkan lesen PSV dengan menjalani kursus enam jam sebelum tarikh penguatkuasaannya pada hari ini (12 Julai).

Kerajaan juga memberi kelonggaran kepada pemandu perkhidmatan itu dengan membolehkan mereka menjalani kursus dalam talian dan tidak perlu ke kelas, diberi masa anjal menghabiskan kursus selama enam jam secara berperingkat serta satu jam peperiksaan ujian berkomputer.

Severinus berkata menjadi suatu kesalahan untuk pemandu perkhidmatan e-hailing memandu kenderaan membawa penumpang tanpa memiliki lesen yang sah dan pesalah akan berdepan tindakan undang-undang selepas peraturan itu dikuatkuasakan.

Bagaimanapun Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dalam kenyataan hari ini berkata Jemaah Menteri memutuskan penguatkuasaan peraturan itu akan dilaksanakan melalui pendekatan ‘soft landing’  yang mana semua pemandu e-hailing yang masih belum mematuhi syarat-syarat ditetapkan dibenarkan untuk meneruskan operasi selama tiga bulan mulai hari ini.

Loke berkata mana-mana pemandu yang tidak memenuhi syarat kenderaan akan diberi nasihat, pendidikan dan amaran akhir supaya melengkapkan semua peraturan yang ditetapkan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel