Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SAFA nafi beri tiket percuma semasa perlawanan Sabah dan Kelantan esok


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





KOTA KINABALU, 12 Julai (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) menafikan akan memberikan tiket percuma bagi menyaksikan perlawanan Liga Premier, Sabah menentang Kelantan di Stadium Likas malam esok seperti dalam satu kenyataan yang sedang tular di media sosial.

Setiausaha Agung SAFA Andrew Majanggim dalam kenyataan hari ini berkata kenyataan yang ditularkan di media sosial berkenaan adalah kenyataan palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Sepak mula perlawanan adalah jam 9 malam dan bukannya 8.15 malam seperti yang dinyatakan dan kenyataan itu adalah palsu.

“Sepak mula esok agak lewat berbanding perlawanan sebelum ini kerana akan ada sedikit acara sempena Majlis Penyerahan Piala Liga Premier sebelum dan selepas perlawanan,” katanya.

Beliau berkata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pemangku Presiden SAFA Datuk Peter Anthony juga akan hadir menyaksikan perlawanan dan majlis penyerahan piala berkenaan.

Katanya tiket bagi menyaksikan perlawanan itu juga akan dijual dengan harga biasa iaitu RM25 bagi tempat duduk di kawasan berbumbung dan RM15 bagi tempat duduk kawasan terbuka.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel