Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

HUMS akan wujudkan Unit Rehabilitasi Strok


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





KOTA KINABALU, 12 Julai (Bernama) -- Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mewujudkan Unit Rehabilitasi Strok di Hospital UMS (HUMS) yang dijangka mula beroperasi pada 2021 setelah pembinaan hospital berkenaan siap sepenuhnya.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Negeri Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata unit berkenaan merupakan antara  bidang kepakaran yang penting untuk membantu meningkatkan kualiti rawatan rehabilitasi strok di negeri ini.

"Unit ini akan membantu pesakit mengelak dari komplikasi selain membantu pesakit untuk mencapai tahap berdikari yang maksimum serta kembali semula kepada komuniti dan pekerjaan mereka," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian penutupan Borneo Interdisciplinary Stroke Rehabilitation Workshop 2019, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata sebanyak 690 kes strok direkodkan di  24 buah hospital seluruh negeri pada 2017 dan meningkat kepada 838 kes pada 2018.

"Pada tahun 2017 sebanyak 649 kes dilaporkan berlaku dalam kalangan pesakit berumur 40 tahun ke atas dan selebihnya berusia 40 tahun ke bawah yang terdiri daripada 448 pesakit lelaki dan 242 pesakit perempuan.

"Pada 2018 sebanyak 770 kes dilaporkan berlaku dalam kalangan pesakit berumur 40 tahun ke atas dan selebihnya berusia 40 tahun ke bawah yang terdiri daripada 541 pesakit lelaki dan 297 pesakit perempuan," tambahnya.

Ketika ini Pusat Rehabilitasi Strok berpusat di Hospital Queen Elizabeth dan sebanyak sembilan buah hospital seluruh Sabah menawarkan rawatan dari unit berkenaan secara berkala.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel