Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Orang Asli Suku Batek masih takut ke Kampung Kuala Koh


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





GUA MUSANG, 12 Julai (Bernama) -- Kira-kira 300 masyarakat Orang Asli suku Batek yang menetap di Felda Aring 5 dan Kampung Pasir Linggi, masih takut untuk mengunjungi Kampung Kuala Koh susulan wabak demam campak yang melanda kawasan tersebut walaupun larangan zon merah telah ditarik balik.

Guru Agama Islam Orang Asli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Kampung Aring 5, Mohd Fadzli Mamok berkata ini kerana mereka masih diselubungi kebimbangan berhubung penularan penyakit berkenaan.

"Mereka tidak mahu tragedi yang berlaku di Kampung Kuala Koh berulang dan menular pula ke kampung-kampung yang terletak berdekatan dengan Kampung Kuala Koh," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Kuala Koh, di sini, hari ini. 

Sebelum ini, wabak demam campak yang menular dalam kalangan masyarakat tersebut mengorbankan 15 orang selain 122 dimasukkan ke hospital akibat jangkitan penyakit tersebut.

Sementara itu, Penghulu Kampung Aring 5, Raina Anjang berkata hampir semua orang dewasa dan kanak-kanak masyarakat itu di kampung berkenaan telah diberi suntikan vaksin bagi mengawal jangkitan penyakit seperti demam campak. 

"Kebiasaannya kita kerap berkunjung ke Kampung Kuala Koh kerana tinggal berjiran namun selepas ada yang meninggal dunia, ramai yang memilih untuk lebih berhati-hati," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel