Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jalan Habib Sheikh Bandar Sabindo Tawau ditutup setiap Ahad untuk Tamu


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





TAWAU 12 Julai (Bernama) -- Majlis Perbandaran Tawau (MPT) mengingatkan orang awam agar tidak meletakkan kenderaan di Jalan Habib Sheikh Bandar Sabindo pada setiap Ahad.

Presiden MPT, Ir Amrullah Kamal berkata arahan itu bagi memberi laluan kepada peniaga Tamu Ahad Sabindo (TAS) untuk berniaga di jalan tersebut.

"Orang awam diminta mengosongkan petak meletakkan kenderaan di sepanjang jalan tersebut bermula jam 12.01 tengah malam," katanya ketika dihubungi Bernama.

Amrullah berkata kenderaan tunda akan digunakan untuk mengalihkan kenderaan yang gagal mematuhi arahan terbabit.

"Pihak MPT tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan kenderaan orang awam sekiranya tindakan sedemikian di ambil," katanya.

Menurutnya, notis awam berkenaan perkara itu juga sudah dikeluarkan dan diharap semua pemilik kenderaan memberi kerjasama sepenuhnya kepada peniaga TAS dan MPT.

TAS, kawasan tarikan pelancong baharu bagi Tawau, yang mula beroperasi pada 30 Jun lepas, menempatkan 704 penjaja pelbagai barangan dijangka mampu merancakkan ekonomi daerah dan penduduk setempat.

Tamu Ahad itu yang menggantikan Pasar Tamu Takada di Jalan Kuhara bukan sahaja melancarkan pergerakan trafik malah memberi keselesaan kepada penjaja berniaga dan pengunjung untuk membeli-belah.

Terdapat lebih 1,000 petak parkir di kawasan berkenaan untuk kemudahan pengunjung dan tapak penjaja yang lebih teratur sehingga berupaya menempatkan 704 lot gerai berbanding 311 gerai di Tamu Takada.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel