Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

22 PATI ditahan dalam operasi bersepadu sekitar Kota Kinabalu


Tarikh kemaskini: 12/07/2019





KOTA KINABALU, 12 Julai (Bernama) -- Seramai 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan daripada 76 individu diperiksa dalam operasi yang dijalankan selama enam jam bermula 3 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata operasi itu dijalankan di lima lokasi termasuk di kawasan bandar raya Kota Kinabalu, Manggatal, Likas dan Luyang.

"Semua yang ditahan berumur antara 13 hingga 67 tahun dan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi PATI yang didapati positif dadah," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Habibi berkata operasi itu turut dibantu Pasukan Gerakan Am, Jabatan Pendaftaran Negara, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah Electricity Sdn Bhd, Rela dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beliau berkata operasi itu akan dijalankan secara berterusan dan orang ramai dialu-alukan menyalurkan maklumat kepada polis.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel