Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penguat kuasa AADK direman tiga hari bermula hari ini


Tarikh kemaskini: 12/07/2019




MELAKA, 12 Julai (Bernama) -- Seorang penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Jasin ditahan reman selama tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana meminta dan menerima suapan.

Perintah reman terhadap suspek berumur 31 tahun itu dikeluarkan Majistret Lee Kim Keat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Difahamkan suspek menerima dan meminta suapan sebanyak RM3,500 bagi menutup fail kes yang disabitkan atas nama pengadu.

Terdahulu, suspek yang diiringi pegawai SPRM tiba kira-kira jam 9.45 pagi sebelum meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah Melaka satu jam kemudian.

Suspek, ditahan kira-kira 6.20 petang semalam, di Pejabat SPRM negeri, di Alai.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman suspek.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel