Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga emas didakwa cabul guru muzik


Tarikh kemaskini: 12/07/2019




BUKIT MERTAJAM, 12 Julai (Bernama) -- Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang guru muzik, awal bulan lepas.

Tertuduh, Lam Kok Wai, 66, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin yang mendengar sebagai Majistret.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang merupakan seorang guru muzik berusia 38 tahun dengan maksud mencabul kehormatannya di satu lorong  jualan belakang sebuah pasar raya di Perai di sini pada 5.50 petang, 2 Jun lepas.

Warga emas itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Ogos ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Afiq Hizami Nordin manakala tertuduh diwakili peguam Chiang Kian Hong.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Seri Manjung lokasi baharu catat IPU sangat tidak sihat

 
     

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel