Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

18 bilik sewa di tiga unit rumah kedai musnah terbakar


Tarikh kemaskini: 11/07/2019





KLANG, 11 Julai (Bernama) -- Sebanyak 18 bilik sewa di tiga unit rumah kedai bangunan tiga tingkat di Jalan Nenas di sini musnah dalam satu kebakaran malam ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata  pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7.40 malam sebelum tiga jentera bersama tiga pegawai dan 33 anggota digegaskan ke lokasi.

"Setibanya jentera pertama di lokasi, api sedang marak di tingkat tiga iaitu tingkat paling atas bangunan rumah kedai itu dan dipercayai berpunca daripada unit rumah kedai paling tepi.

"Siasatan awal mendapati api berpunca daripada dapur memasak di sebuah bilik sewa di unit rumah kedai paling tepi di bangunan berkenaan.

"Difahamkan, pada awalnya kebakaran itu cuba dipadamkan oleh jiran namun ia menjadi cepat marak disebabkan 'partition' bilik-bilik sewa itu dibina daripada papan lapis," katanya kepada pemberita, di sini malam ini.

Beliau berkata kira-kira 20 penghuni yang terdiri daripada warga asing bagaimanapun sempat menyelamatkan diri sebelum api marak.

Katanya, kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 8.30 malam dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Karnival Amal Merdeka Kuala Pilah 2019 pada 23-25 Ogos

 
     

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel