Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UKM peroleh peluang kerjasama dengan dua universiti utama China


Tarikh kemaskini: 11/07/2019





KUALA LUMPUR, 11 Julai  (Bernama) -- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mendapat peluang kerjasama dengan dua universiti utama China iaitu Universiti Peking dan Universiti Tsinghua.

UKM, dalam kenyataan hari ini, berkata peluang kerjasama itu dipersetujui semasa pertemuan antara kedua-dua universiti tersebut dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Naib Canselor UKM, Prof Dr Mohd Hamdi Abd Shukor di China, hari ini.

Ia berkata semasa pertemuan dengan Pengerusi Universiti Peking, Qiu Shuioing, universiti berkenaan telah menunjukkan minat untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan UKM dalam bidang seperti meningkatkan pengetahuan dan pertukaran budaya serta kerjasama penyelidikan bersama.

“Qiu juga menyatakan bahawa beliau berharap untuk melawat Malaysia bagi pematerian MoU bersejarah antara kedua-dua universiti berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, tiada tarikh yang ditetapkan untuk lawatan tersebut kerana ia hanya pada peringkat awal.

Sementara itu, Universiti Tsinghua turut menunjukkan minat yang besar dalam menjalin kerjasama dengan UKM khusus dalam meneroka pilihan untuk program bersama dan mewujudkan pengaturan perkongsian modul.

“Universiti Tsinghua juga bersetuju mengenai kepentingan menjalin hubungan individu antara staf universiti dan pelajar dan menandakan komitmen mereka kepada mobiliti kakitangan dan pelajar yang lebih tinggi,” menurut kenyataan itu.

Maszleee hari ini mengakhiri lawatan kerja empat hari ke negara itu.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Karnival Amal Merdeka Kuala Pilah 2019 pada 23-25 Ogos

 
     

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel