Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Operasi premis kitar semula cemar udara di Segamat digantung


Tarikh kemaskini: 11/07/2019





JOHOR BAHRU, 11 Julai (Bernama) -- Sebuah premis yang menjalankan aktiviti kitar semula logam dan e-sisa di Kawasan Perindustrian 2, dekat Segamat, digantung lesen operasi serta merta hari ini, selepas didapati menyebabkan pencemaran udara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Tan Chen Choon berkata tindakan itu diambil setelah operasi pemeriksaan bersepadu ke atas premis itu dijalankan semalam berikutan aduan pencemaran udara baru-baru ini yang dipercayai menjejaskan kesejahteraan kehidupan penduduk setempat di Kampung Baru Kwongsai, Tenang dan Labis.

Siasatan Majlis Perbandaran Segamat (MPS) mendapati premis itu mempunyai lesen perniagaan yang diluluskan oleh MPS dan tiada pelanggaran syarat lesen di bawah syarat-syarat yang telah ditetapkan MPS. 

Selain itu, premis tersebut juga telah dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JASNJ) bagi pemerolehan kembali buangan e-sisa.

“Akan tetapi siasatan mendapati bahawa punca pencemaran udara adalah disebabkan pertambahan sistem pemprosesan logam tanpa kebenaran daripada JASNJ dan kawalan yang sempurna di mana ia telah melanggar peraturan-peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Justeru, pihak JASNJ telah mengambil tindakan penahanan operasi kelengkapan kilang dan menggantungkan lesen operasi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

-- BERNAMA

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel