Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ulu Muda bukan semata-mata isu perhutanan - CEO PBAPP/PBA


Tarikh kemaskini: 11/07/2019





GEORGE TOWN, 11 Julai (Bernama) -- Pemuliharaan kawasan tadahan air Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air serantau perlu diberi keutamaan sebagai isu pengurusan air mentah yang kritikal dan bukan semata-mata isu perhutanan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) dan PBA Holdings Bhd (PBAHB), Datuk Jaseni Maidinsa berkata status Ulu Muda mempunyai kesan langsung terhadap kelestarian bekalan air di tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Perlis dan Kedah. 

“Ia mestilah dianggap sebagai ‘aset negara’ yang memerlukan penjagaan dan perlindungan kerajaan persekutuan. Ulu Muda adalah ‘Kawasan Tadahan Air Wilayah Utara’ dan bukan sekadar ‘Hutan Simpan Kekal’ di Kedah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataannya dibuat susulan selepas diumumkan di Parlimen baru-baru ini bahawa 84 peratus daripada hutan hujan di Ulu Muda tidak dilindungi sebagai kawasan tadahan air, apabila kira-kira 4.2 juta penduduk yang tinggal di tiga negeri bergantung kepada kawasan itu bagi keperluan air mereka.

“Hanya 16 peratus daripada 106,418 hektar Hutan Simpan Kekal di Ulu Muda, Kedah telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air. Apakah klasifikasi APN (Akta Perhutanan Negara 1

Jaseni berkata memandangkan tiga negeri utara sangat bergantung kepada Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air serantau, sebarang pengeluaran kayu di Ulu Muda akan menjejaskan perkhidmatan bekalan air di tiga negeri ini.

Beliau berkata adalah penting untuk menentukan status Ulu Muda dan melindunginya secara berkesan, yang hutan hujan itu perlu diklasifikasikan sebagai ‘Hutan untuk Tujuan Persekutuan’ di bawah APN dan persekutuan mesti memastikan ia tidak dimusnahkan.

“Bagi memastikan Ulu Muda dipelihara secara sah, fizikal dan berkekalan, kerajaan persekutuan harus membayar pampasan kepada negeri Kedah secara adil.

“Ulu Muda mesti dipulihara dengan betul, keseluruhannya dan serta-merta, bukan sahaja untuk burung dan pokok, tetapi bagi kesejahteraan 4.2 juta rakyat Malaysia, anak-anak dan cucu mereka,” katanya. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Karnival Amal Merdeka Kuala Pilah 2019 pada 23-25 Ogos

 
     

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel