Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

RM3.4 juta barangan tiruan dirampas di Pulau Pinang sehingga Jun 2019


Tarikh kemaskini: 11/07/2019





BUKIT MERTAJAM, 11 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merampas barang-barang tiruan bernilai RM3,417,135.83 sepanjang enam bulan pertama tahun 2019.

Pengarahnya, Mohd Ridzuan Ab Ghapar hari ini berkata, rampasan barangan itu hasil daripada 147 kes yang telah dikendalikan kementerian itu di negeri ini sepanjang tempoh berkenaan.

“Antara barang rampasan yang terbanyak ialah 4,759 unit katrij dan dakwat (toner) tiruan bernilai RM1,762,604.00 yang melibatkan tiga kes,” katanya kepada pemberita sebelum proses pelupusan barang rampasan di Kompleks Penyimpanan Ekshibit KPDNHEP di sini. 

Proses pelupusan barang rampasan dilaksanakan pada setiap bulan dan proses pelupusan yang diadakan hari ini adalah kali keenam dijalankan pada tahun ini. 

Antara 14 barang rampasan yang dilupuskan terdiri daripada biskut potong, tong ais, beg tangan wanita, dompet, aksesori telefon bimbit dan lain-lain barangan yang meniru jenama terkenal antarabangsa. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel