Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

P. Pinang perlu RM75 juta bagi pemasangan lampu jalan LED


Tarikh kemaskini: 11/07/2019





GEORGE TOWN, 11 Julai (Bernama) -- Pulau Pinang memerlukan kira-kira RM75 juta untuk menggantikan semua lampu jalannya daripada jenis High Pressure Sodium Vapour (HPSV) kepada lampu diod pemancar cahaya (LED), kata Pengerusi, Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Bandar dan Pembangunan Luar Bandar, Jagdeep Singh Deo hari ini.

Beliau berkata setakat ini, negeri itu menerima RM33 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk melaksanakan kerja penggantian lampu jalan di pulau itu dan peruntukan tambahan telah diminta untuk menjalankan kerja-kerja serupa di tanah besar.

“Dianggarkan kos penggantian keseluruhan lampu jalan awam itu sekitar RM40 juta dan RM35 juta untuk pulau dan tanah besar itu,” katanya pada sidang media di sini.

Menurut beliau, negeri itu menyasarkan untuk menggantikan 34,104 lampu jalan HPSV di pulau itu dan 71,709 di tanah besar, kepada jenis LED menjelang 2023. 

“Pada masa ini, separuh daripada jumlah lampu jalan di pulau itu menggunakan lampu LED dan kira-kira 2,193 unit telah ditukar di tanah besar,” katanya.   

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Seri Manjung lokasi baharu catat IPU sangat tidak sihat

 
     

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel