Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekas polis bantuan antara empat ditahan edar dadah


Tarikh kemaskini: 11/07/2019





KUALA TERENGGANU, 11 Julai (Bernama) -- Polis menahan seorang bekas polis bantuan bersama tiga rakannya kerana dipercayai mengedar dadah di sekitar Kuala Terenganu, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abd Rahim Mad Din berkata keempat-empat buruh itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah banglo yang baharu siap di Kampung Kesom, Manir, kira-kira pukul 11.25 pagi.

Beliau berkata semua mereka yang berumur antara 23 dan 33 tahun merupakan penduduk tempatan dan dipercayai telah lama terbabit dalam pengedaran dadah di sekitar Manir di sini.

"Mereka dipercayai menceroboh rumah banglo di tapak pembinaan dan menjadikannya sebagai markas untuk menjalankan kegiatan mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas dadah jenis syabu dan pil kuda bernilai lebih RM5,000, tiga buah motosikal milik suspek, enam buah telefon bimbit, dua unit penimbang digital dan kad kuasa polis bantuan dalam serbuan itu.

Abd Rahim berkata ujian saringan air kencing mendapati keempat-empat suspek yang memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu positif dadah jenis methamphetamine, dan mereka direman selama tujuh hari bermula semalam, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel