Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Guna feri bawa keluar balak di Hutan Simpan Temenggor bukan baharu


Tarikh kemaskini: 11/07/2019





IPOH, 11 Julai (Bernama) -- Penggunaan feri atau phonton bagi membawa hasil hutan termasuk balak di Hutan Simpan Temenggor  digunakan sejak tahun lalu sebagai pengangkutan untuk menyeberangi Tasik Bersia ke Matau Utama Lesen (tempat pengumpulan kayu) di Bersia, Gerik. 

Menurut kenyataan Jabatan Perhutanan negeri,  laluan feri itu diwujudkan sejak awal tahun 2018 dan bukannya semata-mata selepas pembinaan sekatan laluan oleh Orang Asli Sungai Papan dan Cenawing di Hutan Simpan Air Chepam, beberapa bulan lepas. 

Tambah kenyataan itu,  tahun ini terdapat dua syarikat diberikan lesen oleh kerajaan negeri untuk pengusahasilan hutan yang memerlukan mereka menggunakan feri sebagai alat pengangkutan. 

"Syarikat Ikhlas Galak Sdn Bhd diberikan lesen melibatkan kawasan seluas 80 hektar di Hutan Simpan Temenggor berkuat kuasa dari 1 Feb 2019 hingga 31 Julai ini dan status semasa kawasan lesen adalah sudah selesai kerja. 

"Sebuah lagi premis adalah Syarikat Balak Dai-Mai Sdn Bhd juga melibatkan kawasan  seluas 80 hektar dengan tempoh kuat kuasa lesen mulai 16 Mei 2019 hingga 15 Nov ini dan status semasa kawasan lesen adalah 40 peratus sedang diusaha hasil," demikian menurut kenyataan itu di sini hari ini. 

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai reaksi kepada aduan seorang pengguna Facebook semalam yang memuat naik status "Nekad punya pembalak dan perhutanan..apa cara sekali pun balak mesti keluar! Tak kisah la feri ini harga ratus ribu asalkan dapat melepasi dan tidak melalui jalan balak diblockade Orang Asli Sungai Papan dan Cinaweng".

Tegas Jabatan Perhutanan Perak, perkampungan Orang Asli berhampiran dengan kawasan aduan adalah Kampung Sungai  Rengat dan sepanjang aktiviti pengeluaran kayu, tiada bantahan dibuat oleh penduduk. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel