Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki diburu polis selepas ugut ibu guna parang


Tarikh kemaskini: 11/07/2019





KEPALA BATAS, 11 Julai (Bernama) -- Polis kini memburu seorang lelaki yang mengugut untuk mencederakan ibunya dengan sebilah parang selepas gagal mendapatkan wang yang dimintanya untuk membeli dadah semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor hari ini berkata lelaki dalam buruan itu berumur 24 tahun dan telah melarikan diri selepas ibunya membuat laporan polis berhubung kejadian itu yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang di rumah mangsa di Taman Kuala Bekah, Penaga di sini.

“Berdasarkan siasatan setakat ini, lelaki yang tidak bekerja dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah ini memang selalu mengamuk jika tidak diberikan wang untuk membeli dadah namun kali ini dia (mengugut) menggunakan parang,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya sepasukan polis telah pergi ke rumah mangsa selepas menerima laporan itu dan menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk mengugut mangsa, namun suspek sudah tidak berada di tempat kejadian.

"Polis kini sedang giat memburu lelaki ini dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel