Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelantikan Najib langkah ke belakang - Nazri Aziz


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini menyifatkan, pelantikan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) sebagai 'langkah ke belakang'.

“Kita (BN) kalah di bawah siapa? Apa bentuk nasihat yang dia boleh berikan kepada kita?,” kata bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kepada pemberita di lobi Parlimen ketika ditanya mengenai perkara itu.

“Saya rasa ia langkah ke belakang,” katanya.

Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan semalam berkata, pelantikan itu dibuat berdasarkan keputusan sebulat suara Dewan Tertinggi BN.

Ketika ditanya perkara sama, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dengan ringkas menjawab: “Tiba-tiba saya tidak suka di mana saya berada”.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Karnival Amal Merdeka Kuala Pilah 2019 pada 23-25 Ogos

 
     

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel