Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Exco Wanita N.Sembilan kutuk perbuatan lucah terhadap kanak-kanak


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





SEREMBAN, 10 Julai (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon mengutuk perbuatan seorang warga emas yang dipercayai terlibat dalam perbuatan lucah melampau ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, seperti yang tular dalam sebuah video di Whatsapp dan Facebook.

Beliau yang menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai jijik turut menyeru mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa perbuatan berkenaan turut tampil membuat laporan.

 “Saya juga menyeru kepada semua ibu bapa supaya memastikan bahawa anak-anak mereka berada dalam keadaan yang selamat. Bagi kanak-kanak yang sudah besar sedikit, (mereka perlu) diterangkan tentang muhrim, serta sentuhan yang “dibolehkan”  seperti bersalaman, bukannya belaian yang menimbulkan rangsangan,”  katanya dalam satu kenyataan 

Hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan, ACP Wan Rukman Wan Hassan dilapor sebagai berkata polis menahan seorang warga emas berusia 65 tahun yang dipercayai terlibat dalam perbuatan lucah melampau ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Lelaki berkenaan yang merupakan seorang pemandu lori ditahan di lebuhraya Gopeng, Perak, kira-kira pukul 9.20 malam tadi dan kini direman selama enam hari bermula hari ini untuk disiasat di bawah Seksyen 14(a) dan Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel