Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Remaja ditemukan lemas di Felda Selancar 3


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





KUANTAN, 10 Julai (Bernama) -- Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di sungai Felda Selancar 3 di Muadzam Shah, Rompin dekat sini, pada 7 petang tadi.  

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Zainal Omar Mahamud berkata mangsa, Mohd Saiful Amri Salahudin, 13, ditemukan hampir dua kilometer daripada lokasi akhir beliau dilihat. 

"Mangsa dikatakan ke sungai itu untuk mandi bersama-sama rakan sebelum lemas pada pukul 5 petang," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Zainal Omar berkata mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat. 

Selain polis, operasi mencari dan menyelamat juga disertai pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel