Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Banjir di Melaka pulih sepenuhnya


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





MELAKA, 10 Julai (Bernama) -- Keadaan banjir di Melaka pulih sepenuhnya apabila sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Alor Gajah ditutup, malam ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata PPS di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam yang menempatkan 45 mangsa daripada enam keluarga itu ditutup pada jam 8 malam tadi.

“Kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan sejak Isnin lepas akibat banjir kilat telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Effendy, yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, berkata keadaan cuaca di seluruh negeri kini dilaporkan baik.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel