Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Amirudin nafi hubungan dengan ADUN wanita


Tarikh kemaskini: 10/07/2019





KUALA SELANGOR, 10 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli Dewan Undangan Negeri wanita dari negeri ini.

Amirudin berkata beliau telah berbincang dengan peguamnya dan akan mengambil tindakan sekiranya perlu.

Dakwaan itu dilaporkan timbul berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di sebuah hotel di Sandakan, Sabah pada 11 Mei lalu. 

"Saya yakin saya tiada di lokasi yang dikaitkan dalam tuduhan itu, malah pada waktu itu saya berada di Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sayangi Generasiku peringkat Kuala Selangor anjuran Pemadam di sini hari ini.

Amirudin berkata beliau tidak tahu mengapa beliau menjadi sasaran dan menegaskan beliau tidak pernah melakukan perkara di luar batasan.

Tuduhan itu, katanya, tidak memberi kesan kepadanya secara individu tetapi apa yang dirisaukan ialah ia seolah-olah sudah menjadi budaya untuk 'membunuh' seseorang melalui jalan fitnah

Ditanya sama ada tuduhan itu dibuat ahli parti sendiri, Amirudin berkata beliau tidak pasti mengenai perkara itu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel